Sunday, June 23, 2013

Thursday, December 27, 2012

Assalamalaikum wbt.

Selamat tahun baru Masihi 2013.

Sunday, June 21, 2009

Kisah-kisah Teladan Islam
IKRIMAH BIN ABU JAHAL (SAHABAT NABI)
Abu Ishaw As-Ayabi'i meriwayatkan, ketika Rasulullah SAW berhasil
menaklukkan kota Makkah, maka Ikrimah berkata: Aku tidak akan tinggal
di tempat ini!" Setelah berkata demikian, dia pun pergi berlayar dan
memerintahkan supaya isterinya membantunya. Akan tetapi isterinya
berkata: "Hendak kemana kamu wahai pemimpin pemuda Quraisy?"
Apakah kamu akan pergi kesuatu tempat yang tidak kamu ketahui?"
Ikrimah pun melangkahkan kakinya tanpa sedikitpun memperhatikan
perkataan isterinya.
Ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat lainnya telah berhasil
menaklukkan kota Makkah, maka kepada Rasulullah isteri Ikrimah
berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Ikrimah telah melarikan diri ke
negeri Yaman karena ia takut kalau-kalau kamu akan membunuhnya.
Justeru itu aku memohon kepadamu supaya engkau berkenan menjamin
keselamatannya."
Rasulullah SAW menjawab: "Dia akan berada dalam keadaan aman!"
Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon diri dan pergi
untuk mencari suaminya. Akhirnya dia berhasil menemukannya di tepi
pantai yang berada di Tihamah. Ketika Ikrimah menaiki kapal, maka
orang yang mengemudikan kapal tersebut berkata kepadanya: "Wahai
Ikrimah, ikhlaskanlah saja!"
Ikrimah bertanya: "Apakah yang harus aku ikhlaskan?"
"Ikhlaskanlah bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah
bahwa
Muhammad adalah utusan Allah!" Kata pengemudi kapal itu.
Ikrimah menjawab: "Tidak, jesteru aku melarikan diri adalah karena
ucapan itu."
Selepas itu datanglah isterinya dan berkata: "Wahai Ikrimah putera bapa
saudaraku, aku datang menemuimu membawa pesan dari orang yang
paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling
baik. Aku memohon supaya engkau jangan menghancurkan dirimu
sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu kepada
Rasulullah SAW."
Kepada isterinya Ikrimah bertanya: "Benarkah apa yang telah engkau
lakukan itu?"
Isterinya menjawab: "Benar, aku telah berbicara dengan baginda dan
baginda pun akan memberikan jaminan keselamatan atas dirimu." Begitu
saja mendengar berita gembira dari isterinya itu, pada malam harinya
Ikrimah bermaksud untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya,
akan tetapi isterinya menolaknya sambil berkata: "Engkau orang kafir,
sedangkan aku orang Muslim."
Kepada isterinya Ikrimah berkata: "Penolakan kamu itu adalah
merupakan suatu masalah besar bagi diriku."
Tidak lama selepas Ikrimah bertemu dengan isterinya itu, mereka pun
pulang kembali, setelah mendengar berita bahwa Ikrimah sudah pulang,
maka Rasulullah SAW segera ingin menemuinya. Karena rasa
kegembiraan yang tidak terkira, sehingga membuatkan Rasulullah SAW
terlupa memakai serbannya.
Setelah bertemu dengan Ikrimah, baginda pun duduk. Ketika itu Ikrimah
berserta dengan isterinya berada di hadapan Rasulullah SAW Ikrimah lalu
berkata: "Sesungguhnya aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan melainkan
Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah."
Mendengar ucapan Ikrimah itu, Rasulullah SAW sangat merasa gembira,
Kisah-kisah Teladan Islam
selanjutnya Ikrimah kembali berkata: "Wahai Rasulullah, ajarkanlah
sesuatu yang baik yang harus aku ucapkan."
Rasulullah SAW menjawab: "Ucapkanlah bahwa sesungguhnya tidak ada
Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-
Nya.
Ikrimah kembali bertanya: "Selepas itu apa lagi?" Rasulullah
menjawab: "Ucapkanlah sekali lagi, aku bersaksi bahwa sesungguhnya
tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya
Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya." Ikrimah pun
mengucapkan apa
yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW selepas itu baginda
bersabda: "Jika sekiranya pada hari ini kamu meminta kepadaku sesuatu
sebagaimana yang telah aku berikan kepada orang lain, niscaya aku
akan mengabulkannya."
Ikrimah berkata: "Aku memohon kepadamu ya Rasulullah, supaya
engkau
berkenan memohonkan ampunan untukku kepada Allah atas setiap
permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap
perjalanan
yang aku lalui untuk menyerangmu, setiap yang aku gunakan untuk
melawanmu dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan
atau
di belakangmu."
Maka Rasulullah SAW pun berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosanya atas
setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh
denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku
yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah
dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara
langsung berhadapan denganku mahupun tidak."
Mendengar doa yang dimohon oleh Rasulullah SAW itu, alangkah
senangnya hati Ikrimah, maka ketika itu juga ia berkata: "Ya Rasulullah!
Aku bersumpah demi Allah, aku tidak akan membiarkan satu dinar pun
biaya yang pernah aku gunakan untuk melawan agama Allah,
melainkan akan aku ganti berlipat ganda demi membela agama-Nya.
Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk melawan
agama Allah, akan aku ganti dengan perjuangan yang berlipat ganda
demi membela agama-Nya, aku akan ikut berperang dan berjuang
sampai ke titisan darah yang terakhir."
Demikianlah keadaan Ikrimah, setelah ia memeluk Islam, ia sentiasa ikut
dalam peperangan hingga akhirnya ia terbunuh sebagai syahid. Semoga
Allah berkenan melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada Ikrimah.
Dalam riwayat yang lain pula diceritakan, bahwa ketika terjadinya
Perang Yarmuk, Ikrimah juga ikut serta berperang sebagai pasukan
perang yang berjalan kaki, pada waktu itu Khalid bin Walid mengatakan:
"Jangan kamu lakukan hal itu, karena bahaya yang akan menimpamu
adalah lebih besar!" Ikrimah menjawab: "Karena kamu wahai Khalid telah
terlebih dahulu ikut berperang bersama Rasalullah SAW, maka biarlah hal
ini aku lakukan!"
Ikrimah tetap meneruskan niatnya itu, hingga akhirnya ia gugur di medan
perang. Pada waktu Ikrimah gugur, ternyata di tubuhnya terdapat lebih
kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak
panah. Abdullah bin Mas'ud pula berkata: Di antara orang-orang yang
Kisah-kisah Teladan Islam
termasuk dalam barisan Perang Yarmuk adalah Haris bin Hisyam, Ikrimah
bin Abu Jahal dan Suhail bin Amar. Di saat-saat kematian mereka, ada
seorang sahabat yang memberinya air minum, akan tetapi mereka
menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang dari
mereka yang bertiga orang itu, maka masing-masing mereka berkata:
"Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku." Demikianlah keadaan
mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan
nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.
Dalam riwayat yang lain pula ditambahkan: "Sebenarnya Ikrimah
bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan
meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke
arahnya pula, maka Ikrimah berkata: "Berikanlah saja air minum ini
kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku." Suhail pula
melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya. Akhirnya
Suhail berkata: "Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali
sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku." Begitulah
keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorangpun di antara
mereka yang dapat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya.
Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada mereka
bertiga.
Amin."

tulip





Saturday, June 20, 2009

jgn lupa bila ingat...jgn ingat bila lupa

sejarah bintangor

LATAR BELAKANG DAERAH MERADONG

SEJARAH MERADONG

Terletak 22 Kilometer dari Bandar Sarikei dan lebih kurang 50 Kilometer dari bandar Sibu, Meradong atau dulunya dikenali sebagai Daerah Binatang sekarang ini telah banyak mengalami perubahan pembangunan. Namun di sebalik pembangunan yang dikecapi oleh daerah yang terkenal dengan keunikan Limau masam-manisnya ini, ramai yang tidak mengetahui sejarah kewujudan daerah terutama generasi muda pada hari ini.

Sehingga kini, tiada bukti yang sahih memperkenalkan bagaimana Daerah Meradong yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai nama Binatang mendapat nama. Namun apa yang pasti melalui cerita masyarakat tempatan, Daerah ini mendapat nama Binatang setelah satu peristiwa pada suatu ketika dahulu daerah ini dikunjungi oleh sekumpulan besar pelbagai jenis spesis Binatang yang rata-ratanya jarang ditemui. Melalui peristiwa aneh tersebut masyarakat tempatan telah mengabadikan peristiwa aneh itu, dengan mengambil nama BINATANG sebagai nama tempat.

Pemandangan Pekan Bintangor pada tahun 1920

Pemandangan dari Sungai Rajang Bandar Bintangor Pada tahun 1950 an

Sumber : Majlis Daerah Maradong dan Julau

PENTADBIRAN DAERAH MERADONG

Sejarah awal pentadbiran Daerah Meradong bermula sekitar 1930an bila pejabatnya ditubuhkan dengan nama Pejabat Daerah Kecil Binatang di bawah Pentadbiran Bahagian Kedua Borneo. Seorang pentadbir telah ditempatkan untuk memberi maklumat dan mentadbir sedikit kawasan jajahan. Sememangnya pejabat yang dibina pada ketika itu hanyalah bertindak sebagai stesyen kawalan ke atas laluan sungai Rajang yang merupakan laluan utama pelbagai kegiatan sosio ekonomi.

Setelah berakhirnya zaman pemerintahan Jepun, Kerajaan British Kolonial telah mengambil alih tampuk pemerintahan. Menyedari akan pentingnya hasil ekonomi bumi yang terdapat di daerah meradong terutama keluaran mentah Kayu-Kayan yang bermutu tinggi pada ketika itu, maka sebuah lagi Pejabat yang pentadbiran telah dibina pada tahun 1948 dengan menempatkan seorang pegawai inggeris yang digelar sebagai District Officer atau Pegawai Daerah. Menurut sumber terhad Pejabat Daerah Meradong, Pegawai Daerah Pertama yang ditugaskan oleh Kerajaan British Kolonial ialah A.R. Snelus.

Pentadbiran Daerah Meradong akhirnya pada genap tarikh 16 September 1963 iaitu selari dengan peristiwa Penubuhan Malaysia Sabah Sarawak dan Tanah Melayu, tampuk pemerintahan telah ditadbir oleh Kerajaan Malaysia. Berasaskan kepada bangunan Pejabat Daerah yang telah sedia ada, Pelbagai Jabatan telah beroperasi menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat tempatan.

Akhirnya pada tahun 1967 Daerah Kecil Binatang telah dinaiktaraf sebagai Daerah Penuh sebagai Daerah Binatang yang merangkumi keluasan 1083 Kilometer Persegi.

PENUBUHAN BAHAGIAN SARIKEI SEBAGAI BAHAGIAN

KE-ENAM

Pada 2 April 1973, Daerah ini telah digabungkan dengan Daerah Sarikei, Matu-Daro serta dua buah daerah Kecil iaitu Julau dan Pakan bagi membentuk Bahagian Keenam Negeri Sarawak yang merangkumi kawasan pentadbiran seluas 6,969 Kilometer persegi. Rujukan sumber Sarawak Gazette Swk.L.N.26. bertarikh 15 Mac 1973.

BANDAR BINTANGOR MENDAPAT NAMA

Selaras dengan perubahan tersebut Pekan Binatang telah dinaiktaraf sebagai bandar dan telah ditukar kepada nama Bintangor.Menurut kisah daripada masyarakat tempatan, semasa pemilihan nama bagi nama Bandar ketika itu mendapat pelbagai reaksi penduduk tempatan terutama masyarakat Cina di daerah ini. Cadangan nama asal bagi Bintangor sebenarnya ialah Bintang yang tidak mahu menukar terlalu jauh nama Binatang ketika itu.

Walau bagaimanapun persetujuan mesyuarat telah mengambil keputusan mengambil nama BINTANGOR iaitu nama sejenis Pokok yang banyak didapati di Bandar tersebut pada ketika itu.

PERTUKARAN NAMA DAERAH

Pada tahun 1984, Kerajaan negeri Sarawak sekali lagi mengarahkan agar nama Daerah Binatang ditukar bagi menangani masalah sensitiviti nama tempat di Sarawak. Pertukaran nama Daerah telah diwartakan melalui Sarawak Government Gazette Part II , Vol :XXXIX, No. 4 bertarikh 13 Februari 1984. Melalui Warta Kerajaan itu, Nama Daerah Binatang telah ditukarkan kepada MERADONG manakala Nama Bandar secara rasminya dikekalkan kepada nama BINTANGOR. Keputusan mengambil nama MERADONG sebagai daerah adalah berdasarkan kepada nama sungai yang mengalir di pertengahan daerah.


Masih Digunakan Pejabat Daerah Binatang yang dibina pada tahun 1948 yang dibina pada zaman pemerintahan British Kolonial kini pejabat ini telah digunakan sebagai Dewan Serbaguna dan juga menempatkan Pejabat KEMAS dan Pejabat RELA untuk
masyarakat tempatan.

Pembangunan kegiatan ekonomi dan kemudahan asas yang baik telah meningkatkan lagi keperluan perkhidmatan di Pejabat Daerah. Bagi memenuhi keperluan ini, sebuah bangunan Pejabat Daerah Baru telah dibina pada 4 Mei 1994, Lokasinya terletak bertentangan dengan Bangunan Pejabat daerah lama di Jalan Mahkamah lebih kurang ¼ Kilometer dari bandar Bintangor.

Pentadbiran Daerah Meradong merangkumi keluasan 719 Kilometer Persegi setelah persempadanan semula kawasan daerah pada 24 Januari 2002

SENARAI PEGAWAI DAERAH YANG PERNAH BERKHIDMAT DI DAERAH MERADONG

BIL

NAMA PENTADBIR DAERAH DAN PEGAWAI DAERAH

TAHUN

1

A.R. SNELUS

1948 – 1949

2

A.R.G MORRISON

1949 – 1951

3

MR. J. WOODS

1951 – 1952

4

ABANG SHARIEE

1952 – 1953

5

D.F.A.E.D MORGAN

1953 – 1955

6

A.T.R JACKSON

1955 – 1957

7

D.S. COTTRELL

1957 – 1960

8

WILLIAM NAIS

1960 – 1964

9

ABANG ABDUL KARIM

1964 – 1965

10

ABU KASIM

1965 – 1967

11

RAMBLI ADROS YAHYA

1967 – 1972

12

PETER F. SIBURAT

1972 – 1975

13

SALLEH YUSOP

1975 – 1976

14

SU'UD HAJI SUHAILI

1976 – 1980

15

WALTER CHAMBERS NAJOD

1980 – 1982

16

THOMAS IBOH

1982 – 1985

17

MOHD. RAMJI ALLI

1985 – 1988

18

MOHD. SAID ATOI

1988 – 1990

19

TAY JOO CHOON

1990 – 1992

20

MAURICE BUJANG

1992 – 1997

21

LAW TIENG KIET

1997 – 2001

22

LING KAI SIEW

2001 – 2004

23

WONG SEE MENG

2004 – 2006

24

MOHAMAD JUNAIDI MOHIDIN

2006 – Sehingga kini

Sumber : Pejabat Daerah Meradong


Pejabat Daerah Meradong hari ini
terletak ¼ KM dari Bandar Bintangor Dibina pada tahun 1994 menempatkan Pejabat Pentadbiran, Bilik Mahkamah Majistret, Pejabat Ketua Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

bintangor nowadays




asal usul nama 'bintangor'






Calophyllum

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jump to: navigation, search
Calophyllum
flower of Alexandrian Laurel (Calophyllum inophyllum)
flower of Alexandrian Laurel
(Calophyllum inophyllum)
Scientific classification
Kingdom: Plantae
Division: Magnoliophyta
Class: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Family: Clusiaceae
Subfamily: Kielmeyeroideae
Tribe: Calophylleae
Genus: Calophyllum
L.



Calophyllum ("beautiful leaf", from Greek kalos, "beautiful", and phullon, "leaf") is a plant genus of around 180-200 species of tropical evergreen trees in the family Clusiaceae. Its members are native to Australasia, Madagascar, Eastern Africa, South and Southeast Asia, the Pacific islands, the West Indies and Latin America. The common names, as well as commercial names, for these trees are:

For medicinal (folk medicine and ethnopharmacology) uses of leaves, oil from nuts and crost balsam,[clarification needed] for HIV and AIDS, see calanolide A and calanolide B,[2] Jacareubin,[3] Tamanu oil,[4] and Calophyllic acid.[5] For medicinal use from their resin, see tacamahac.

Contents

[hide]

al fatihah pembuka bicara...

Friday, June 19, 2009

kesunyian...


Jika perjalanan tafakur kita menembus batas-batas cakrawala, menapak langit-langit hingga Sidratul Muntaha, pastilah berakhir dengan keterjengahan hati kita, bahwa segalanya menuju, demi dan untuk Rabbul Izzah, Allah Ta'ala. Itulah awal perjalanan keikhlasan kita, disaat tafakur sunyi menapakai "Inna sholaati wa-Nusukii wa-Mahyaaya wa Mamaatii Lillahi Robbil 'Alamin." (Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah.).


Menuju Arsy kita bertemu dalam hamparan Liqo' Allah, dalam sunyi paling sunyi, karena segala hal selain Allah sirna, dan yang ada hanyalah Wajah Allah. Tetapi dalam sunyi paling sunyi, ghuyubul ghuyub itu, betapa tiada terperi, berhamparan cahaya yang meramaikan, lebih ramai dari keramaian apapun juga, karena KemahaanNya Yang Rahman bersinggasana mengatur semesta.

Seluruhnya berada dalam genggamanNya yang serba sunyi senyap dalam ghuyubul ghuyub, dan ketika dilepaskannya dalam hamparan keleluasaanNya, betapa ramainya dalam taburan tasbih kepadaNya, atas Kemahasucian asma-asmaNya.

Kita baru memahamiNya ketika kembali ke dunia nyata, dengan segala keramaian peradaban, kesemrwutan manusia, tumpukan- tumpukan problema yang silih berganti antara cahaya dan kegelapan, bahkan suara-suara, rupa warna tiada tara, toh
berujung pada kesunyian hati dalam sudut paling lorong, ada denyut jantung terus bersamaNya.

Bagaimana tidak? Yang nyata dalam fenomena, yang tampak oleh mata kepala, yang terdengar oleh telinga, yang teraba oleh indera, telah membawa tarikan pesona yang mengalpakan kita di lembah Ghafalat, yang dibuai oleh tarian-tarian syahwat,
telah melemparkan kita di batas Hijab: kita telah berada dalam jurang jinabat. Dan Rumah Allah melarang orang-orang junub untuk memasukinya, kecuali telah bersuci dari Jinabat Ghafalat (kealpaan pada Allah)-nya.

Bertanyalah kepada bukit biru menjulang gagah, siapakah anda? Bertanyalah pada gulungan-gulungan ombak di lautan, siapakah anda? Bertanyalah desau angin nan lembut dan badai yang menggelora, siapakah anda? Bertanyalah pada bunga tulip di pagi hari ketika mekar bersama gejora dan fajar hari, siapakah anda? Bertanyalah kepada api yang membakar dan seluruh energi semesta, siapakah anda? Ternyata semua menjawab serentak dalam "harmoni konser pesona": "Sesungguhnya kami adalah fitnah, maka janganlah anda kufur!". Jawaban yang meledakkan seluruh dirinya, merobek
seluruh nafsu kita, mencekam seluruh ketakutan, dan sekaligus mendendam kerinduan cinta kita.

Anda mau lari dari kenyataan? Lari dari gigitan paling pedih dari kesunyian ruhani anda? Lari dari keterlemparan diri anda akibat dosa dan kegelapan? "keinginanmu untuk lari menuju Tuhan dan hanya ingin sendiri bersamaNya, hanya ingin
'anda dan Dia', sedangkan kenyataannya anda harus menghadapi dengan alam fikiran, logika sebab akibat, hasrat anda itu tadi hanyalah Nafsu tersembunyi dalam bilik ketololan, kemalasan, ketidak beranian, kepengecutan, dan kelelahan hati anda."

Hadapilah! Karena Allah tak pernah hilang, tak pernah ghoib, tak pernah berjarak, tak pernah bergerak atau diam, tak pernah berpenjuru atau bernuansa, tak pernah berbentuk dan berupa, tak pernah berwaktu dan ber-ruang. Tak ada alasan
apapun yang bisa menutup, menghijabi, menghalangi, menirai Allah dari dirimu, apalagi sekedar untuk "menyendiri bersamaNya" dalam hiruk pikuk dunia. Tanpa harus melepaskan tantangan zaman, perjuangan, kegairahan kehambaan, kita tak
pernah terhalang sedetik pun untuk menggelayut di "PundakNya" apalagi bermesraan dalam pelukanNya.

Jika ruang sunyi di hatimu terganggu oleh buar dan suara-suara nafsu, masuklah ke dalam bilih ruhmu, karena dalam bilik ruhmu ada hamparan agung Sirrmu, dimana sunyimu menjadi sirnamu kepadaNya, bahkan tak kau sadari kau panggil-panggil namaNya, karena kau telah berdiri di depan GerbangNya. Kelak kita bisa kembali bersamaNya, untuk melihat dunia nyata yang tampak di mata kepala, "BersamaNya aku melihat mereka," begitu sunyi ungkapan Abu Yazid Bisthami kita.

Inilah awal keberangkatan kita,
menuju tetapi dituju,
memandang tetapi dipandang,
melihat tetapi dilihat,
bergerak tetapi diam fana,
berkata tetapi bisu,
memanggil tetapi dipanggil,
bersyari'at tetapi hakikat,
berhakikat tetapi syari'at,
bertangis dalam senyuman
senyum tak menahan airmata
bersunyi-sunyi tetapi ramai
beramai-ramai tetapi sunyi

Lalu kita berbondong-bondong menempuh jalan Khalwat, menuju Gua Hira Agung tak terperi, Hira' hamparan hati. Agar hati lebih luas dari Arasy Ilahi, berbondong-bondong melepaskan atribut- atribut manusiawi, dan apapun alasan dan alibi
kewajaran kita, agar kita tak punya alasan lagi, untuk tidak durhaka kepadaNya, untuk tidak menghindariNya, untuk tidak berselingkuh dengan selain DiriNya, untuk tidak memproduksi
bermilyar-milyar syetan setiap hari, untuk tidak menyembah ribuan berhala dalam hati.

Kita keluar dari khalwat menuju 'Uzlah Jiwa lihatlah betapa sunyinya keramaian peradaban manusia, betapa senyapnya suara-suara yang berdesing atau bagaikan nyanyian tapi sunyi. Kecuali yang ramai di detak jantungmu, Allah Allah Allah, Subhanallah Walhamdulillah wa-Laailaaha Illallah Allahu Akbar, menyelimuti seluruh keramaian semesta. Sampai semesta sunyi dalam kefanaan, Allahu Akbar! Walillahil Hamd. Maha Puja Puji bagi AbadiNya.

habil...&...Qabil

Dalam panggung sejarah manusia, pernah hidup dua orang saudara kandung. Awalnya perjalanan hidup keduanya diwarnai keharmonisan dan saling pengertian. Kondisi seperti ini berubah ketika keduanya mencapai usia berkeluarga.

Sang ayah memerintahkan si kakak agar menikah dengan saudari kembar adiknya, sementara adiknya dijodohkan dengan saudari kembarnya. Pada titik ini nafsu buruk mulai mencuat dan berperan. Tidak seperti adiknya, si kakak menolak perintah, lantaran pilihan sang ayah tak cocok dengan harapannya. Kemudian sang ayah memerintahkan keduanya untuk berkorban. Si kakak yang petani menyiapkan hasil tanamannya yang jelek . sebaliknya adiknya yang peternak memilih yang terbaik diantara hewan peliharaanya. Tentu saja kurban yang baik secara kualitas dan kuantitaslah yang diterima Allah. Rasa iripun menguasai si kakak, lantas ia mengancam untuk membunuhnya adiknya. Lantaran rasa takutnya kepada Allah, adiknya tak mau meladeni dan membalas ancaman tersebut meskipun ia lebih perkasa. Akhirnya, tumpahlah darah manusia untuk pertama kalinya. Dibunuhlah sang adiknya, sekalipun setelah itu sang kakak merasakan penyesalan yang amat dalam.

Itulah episode Qobil dan Habil, putera manusia dan Nabi Pertama , Adam as. Qobil dan habil kini telah tiada dan tak mungkin hidup kembali. Akan tetapi dua karakter manusia yang berbeda dan paradoksal itu akan tetap eksis dan hidup pada diri anak cucu keturunan Adam as.

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dalam dua dimensi jiwa. Ia memiliki karakter , potensi, orientasi dan kecenderungan yang sama untuk mlakukan hal-hal positif dan negatif. Inilah salah satu ciri spesifik manusia yang membedakannya dari makhluk-makhluk lainnya. Sehingga manusia dikatakan sebagai makhluk alternatif, artinya ia bisa menjadi baik dan tinggi derajatnya di hadapan Allah. Sebaliknya, ia pun bisa menjadi jahat dan jatuh terperosok pada posisi yang rendah dan buruk. Ia bisa bagai hewan, bahkan lebih jelek lagi. Dalam kaitan ini, manusia dbierikan oleh Allah kekuatan ikhtiar atau usaha untuk bebas menggunakan potensi positif dan negatifnya. Namun ia tak boleh melupakan, bahwa semua pilihan dan tindakannya akan dipertanggung jawabkan di hadapan pengadilan tinggi Allah Yang Maha Adil, kelak di akhirat. Lantaran itu, bukanlah pada tempatnya manakala manusia menjadikan takdir sebagai alasan dan kambing hitam bila ia melakukan perbuatan negatif, dengan mengatakan bahwa segala sesuatunya telah ditakdirkan Allah SWT. Seakan manusia itu wayang yang tak biasa berperan kecuali bila diperankan sang dalang. Padahal Allah tak akan merubah keadaan suatu kaum kalau mereka tidak berusaha merubahnya.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (QS Ar-Ra’d: 11)

Dalam satu riwayat disebutkan bahwa seorang pencuri, yang diajukan kepada Umar bin Khattab ra., mengatakan bahwa dirinya melakukan pencurian karena sudah ditakdirkan Allah. Lalu dengan tangkas Umar bin Khattab menjawab bahwa bila tangannya dipotong , juga merupakan takdir Allah. Namun di pihak lain, Allah pun tak biasa dipersamakan dengan pembuat arloji. Setelah arloji itu dibikin dan dilempar ke pasar maka ia tak tahu lagi bagaimana nasib arloji tersebut, apakah masih berputar atau sudah mati. Allah senantiasa memonitor dan mengontrol makhluk-Nya.

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS Al-Baqarah: 255)

“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurusi (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur” (QS. 2:255).


Dua dimensi jiwa manusia senantiasa saling menyaingi, mempengaruhi dan berperang. Kemungkinan jiwa positif manusia menguasai dirinya selalu terbuka, seperti yang dialami Habil. Dan jiwa negatifpun tak tertutup kemungkinan untuk mengontrol diri manusia, seperti yang terjadi pada Qobil. Tataplah sosok seorang Mush’ab bin Umair ra yang hidup di masa Rasulullah SAW. Ia putera seorang konglomerat Makkah. Namanya menjadi buah bibir masyarakat, terutama kaum mudanya. Sebelum masuk Islam ia dikenal dalam lingkaran pergaulan jet set. Namun, suatu hari mereka tak lagi melihat sosoknya. Mereka kaget ketika mendengarnya sudah menjadi pribadi lain. Benar, ia sudah bersentuhan dengan dakwah Rasulullah SAW dan hidup dalam kemanisan iman dan kedamaian risalahnya. Sehingga cobaan beratpun ia terima dengan senyuman dan kesabaran. Kehidupan glamour ia lepaskan. Bahkan dialah yang terpilih sebagai juru dakwah kepada penduduk Madinah. Disisi lain , tengoklah pribadi Musailamah Al-Khadzdzab. Setelah mengikuti kafilah dakwah Rasulullah SAW, jiwa negatifnya masih menonjol, ketamakan akan kedudukan dan kehormatan membawanya pada pengakuan diri sebagai nabi palsu. Akhrinya ia mati terbunuh dalam kondisi tak beriman di tangan Wahsyi dalam suatu peperangan.

Manusia tentu saja memiliki harapan agar jiwa positifnya bisa menguasai dan membimbing dirinya. Sehingga ia bisa berjalan pada garis-garis yang benar dan haq. Akan tetapi seringkali harapan ini tak kunjung tercapai, bahkan bisa jadi justru kondisi sebaliknya yang muncul. Ia terperosok ke dalam kubangan kebatilan. Disinilah betapa besar peranan lingkungan yang mengelilingi diri manusia baik keluarga kawan, tetangga, guru kerabat kerja, bacaan, penglihatan, pendengaran, makanan, minuman, ataupun lainnya. Semua itu memberikan andil dan pengaruh dalam mewarnai jiwa manusia.

Islam , sebagai Din yang haq, memberikan tuntunan ke pada manusia agar ia menggunakan potensi ikhtiarnya untuk memilih dan menciptakan lingkungan yang positif sebagai salah satu upaya pengarahan, pemeliharaan , tazkiyah atau pembersihan jiwa dan sebagai tindakan preventif dari hal-hal yang bisa mengotori jiwanya. Disamping itu, diperlukan pendalaman terhadap tuntunan dan ajaran Islam serta peningkatan pengalamnnya. Evaluasi diri dan introspeksi harian terhadap perjalanan hidupnya, tak kalah pentingnya dalam tazkiyah jiwa. Manakala jalan ini ditempuh dan jiwanya menjadi bersih dan suci, maka ia termasuk orang yang beruntung dalam pandangan Allah SWT. Sebaliknya , apabila jiwanya terkotori oeh berbagai polusi haram dan kebatilan, maka ia termasuk orang yang merugi menurut kriteria Allah SWT.

“Dan demi jiwa dan penyempurnaannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mesucikan jiwa itu. Dan merugilah orang yang mengotorinya”(QS. 91:7-10).

Dua suasana jiwa yang berbeda itu akan tampak refleksinya masing-masing perilaku keseharian manusia, baik dalam hibungannya dengan Allah, lingkungan maupun dirinya. Jiwa yang suci akan memancarkan perilaku yang suci pula, mencintai Alah dan Rasul-Nya dan bermanfaat bagi lingkungan sekitarnya. Sedangkan jiwa yang kotor akan melahirkan kemungkaran dan kerusakan.adalah benar bahwa Allah tidak melihat penampilan lahir seseorang, tetapi yang dilihat adalah hatinya, sebagaimana disebutkan dalam satu hadits. Tetapi ini dimaksudkan sebagai penekanan akan pentingnya peranan niat bagi sebuah amal, bukan untuk menafikan amal lahiriah. Sebuah amal ibadah akan diterima Allah manakala ada kesejajaran antara perilau lahiriah dan batiniah, disamping sesuai dengan tuntunan Din. Lebih dari itu, secara lahiriah, manusia bisa saja tampak beribadah kepada Allah. Dengan khusyu’ ia melakukan ruku’ dan sujud kepada-Nya. Namun jiwanya belum tunduk ruku dan sujud kepada Allah Yang Maha Besar dan Perkasa , kepada tuntunan dan ajaran-Nya.

Tazkiyah jiwa merupakan suatu pekerjaan yang sungguh berat dan tidak gampang. Ia memerlukan kesungguhan, ketabahan dan kontinuitas. Sebagaimana amal baik lainnya, tazkiyah adalah bagai membangun sebuah gedung, disana banyak hal yang harus dikerahkan dan dikorbakan. Sedangkan pengotoran jiwa, seperti amal buruk lainnya, adalah semisal merobohkan bangunan, ia ebih mudah dan gampang serta tak banyak menguras tenaga.

“Jalan menuju surga di rintangi dengan berbagai kesulitan. Sedangkan jalan menuju neraka ditaburi dengan rangsangan hawa nafsu”, demikian sabda Rasulullah SAW.

Tazkiyah jiwa ini menjadi lebih berat lagi ketika manusia hidup dalam era informatika dan globalisasi dalam kemaksiatan dan dosa. Dimana kreasi manusia begitu canggih dan signifikan. Mansusia seakan tak berdaya mengikuti irama dan gelombangnya.

Sebenarnya Islam memiliki sikap yang akrab dan tidak menolak sains dan tekhnologi, sementara sains dan tekhnologi tersebut tidak bertentangan dan merusak lima hal prinsip (ad – dkaruriyat al khams); Din , jiwa manusia, harta, generasi dan kehormatan. Sehingga tidak ada paradoksal antara jiwa positif dan bersih serta nilai-nilai kebaikan dengan perkembangan dan kemajuan zaman. Pengalaman tuntunan dan akhlak Islami, meski tanpa pemerkosaan dalam penafsirannya, tidak pernah bertentangan dengan alam sekitar. Lantaran keduanya lahir dari satu sumber, Allah SWT, Pencipta alam semesta dan segala isinya. Salah faham terhadap konsep ini akan mengakibatkan kerancuan pada langgam kehidupan manusia.maka yang tampak adalah bukit hingar bingar dan menonjolnya sarana pengotoran jiwa manusia. Akhirnya, nilai nilai positif dan kebenaran seringkali tampak transparan dan terdengar sayup-sayup. Benarlah apa yang menjadi prediksi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW:

“Orang yang sabar dalam berpegang dengan Din-nya semisal orang yang memegang bara api”.

Mereka acapkali mengalami banyak kesulitan dalam mengamalkan Din-nya. Sehingga mereka merasa asing dalam keramaian. Namun demikian, tidaklah berarti mereka boleh bersikap pesimis dalam hidup. Bahkan sebaliknya, mereka harus merasa optimis. Sebab dalam situasi seperti ini, merekalah sebenarnya orang yang meraih kemenangan dalam pandangan Islam.

“Islam mulai datang dalam keterasingan dan akan kembali dalam keterasingan pula sebagaimana mulanya. Maka berbahagialah orang – orang yang terasing”. (Al Hadist).

Dalam fenomena seperti ini, tak tahu entah dimana posisi kita. Yang jelas, manusia senantiasa dianjurkan oleh Allah agar meningkatkan kualitas dan posisi dirinya di hadapan Nya. Dan Allah tak pernah menolak setiap hamba yang benar-benar ingin kembali kepada jalan-Nya. Bahkan lebih dari itu, manakala hamba Nya datang dengan berjalan, maka Ia akan menjemputnya dengan berlari. Sungguh Allah benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Kita berharap, semoga kita termasuk orang-orang yang mau mendengar panggilan-Nya yang memiliki jiwa muthmainnah, jiwa yang tenang. Sehingga kita akhirnya berhak meraih panggilan kasih sayang –Nya.

“Hai jiwa yang tenang . Kembalilah kepada Rabb-mu dengan hati yang puas dan diridhoi-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam surga-Ku”.(QS.99:27-30)

ta"abbud

Wamaa kholaqtuljinna wal 'insan illa liya'buduun. Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat: 56)

'Ubudiyah manusia kepada Allah adalah merupakan simbol sekaligus pernyataan pengakuan manusia sebagai makhluk yang diciptakan akan eksistensi Khaliqnya (Penciptanya), juga merupakan konsekuensi logis dari sifat Rububiyah dan UluhiyahNya. Keimanan kepada Dzat yang menciptakan, yang mengatur, dan memberi rizki, Allah yang mesti diikuti, ditakuti dan dicintai tak akan pernah membawa makna tanpa diikuti sikap ta'abbud kepadaNya, menyerah-kan 'ubudiyah hanya kepadaNya. Karena hanya Dia dan cuma Dia yang berhaq menerima ta'abbud manusia.

Setelah seorang manusia berikrar dan menyatakan dirinya sebagai Muslim, maka pada detik itu dia telah menjadi seo-rang mukallaf, yang menerima beban dan siap akan pembebanan (taklif). Manakala seseorang telah bersyaha-dat, menyatakan tiada ilah selain Allah, maka berarti ia me-ngakui UluhiyahNya untuk ikut, takut dan cinta hanya kepa-da Allah. Pada titik ini kewajiban menyerahkan 'ubudiyah, sikap ta'abud, dan menerima taklif hanya sebuah alur logis di atas kesadaran manusia dewasa seorang Mus-lim. Bila dia tidak ingin disebut sebagai pendusta besar. Maka garis setelah titik awal ini adalah jalan lurus medan da'wah/takblig.

Sikap ta'abud seseorang yang telah menyerahkan dirinya untuk diatur oleh hukum Allah, makhluk yang mengimani Mulukiyah Allah mestilah mengambil bentuk nyata sikap diri berupa; pertama penegakkan nilai-nilai/syariat Islam dalam dirinya, keluarga terdekatnya, kerabat, baru masyarakat-nya. Kedua, berjalan dalam garis penegakkan ini dengan segenap kesungguhan, menanggung beban yang ada di setiap hasta perjalanan, siap untuk menerima celaan dari orang-orang yang suka mencela, intimidasi dan teror dari musuh-musuh Allah, bahkan tak dapat menghindar dari kemungkinan harus membunuh dan terbunuh. Karena; Allah telah membeli jiwa dan harta orang-orang yang beriman dengan kasih sayang/ syurga. Mereka berperang (qital) di jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh. (At-Taubah:111) Pada titik ini, kesungguhan (jihad), kesabaran, pengorbanan (tajarrud), pembelaan (tamassuk), kesiapan dan keikhlasan mendapat tempat dan ladang subur pembuktian.

Tugas pertama adalah membangun rijal-rijal, pribadi-pribadi yang kokoh, para jundullah (prajurit Allah) yang siap mene-gakkan nilai-nilai islam, yang sigap menegakkan keadilan, cinta-kasih, perlindungan terhadap kaum yang lemah dan tertindas. Dalam tugas ini setiap pribadi Muslim mestilah menghaluskan perasaannya. Lembut sedemikian lembutnya, sehingga kalau nama Allah disebut bergetarlah hatinya, kalau dibacakan Al Qur'an kepadanya maka bertambah-tambahlah keimanannya, sehingga hati mereka dapat dengan mudah beresonansi meski atas sentilan sinyal lemah sekalipun. Hati mereka peka akan kebenaran dan kebhatilan, dapat dengan mudah membedakan mana nilai-nilai Islami, yang pekat dengan kejujuran, kesetiaan, kasih-sayang, keadilan, ihsan, pantang menyerah, dan mana nilai-nilai yang berasal taghut berupa penindasan dan kepalsu-an. Lembut karena ruh mereka mendapat santapan Al Ghazi ar-ruh yang sesuai kadar dan kebutuhannya; yakni dzikrullah, dalam setiap detiknya.

Pribadi Muslim adalah pribadi yang bersih dan penuh kesetiakawanan. Dari rijal- rijal inilah diharapkan terbentuknya keluarga dan masyarakat yang islami; masyarakat yang adil, yang bersih, yang jujur, yang ihsan, yang lemah-lembut terhadap sesamanya dan bersikap keras terhadap musuh-musuh, masyarakat yang amanah, masyarakat yang diridhai Allah dan mereka pun ridha kepada Allah, masyarakat yang menempatkan kali-matullah tinggi-tinggi, menempatkan peraturan dan hukum Allah sebagai landasan hidup dan prikehidupannya, masya-rakat yang membawa rakhmattan lil 'alamiin, masyarakat yang dinamis, yang mengalir dan bergerak bagai alir sungai, kuat dan deras, yang jernih sehingga dapat bercermin peradaban lain kepadanya, masyarakat yang terus membe-sar dan membesar secara sunatullah hingga tak ada lagi fitnah, tak ada lagi penyembahan manusia atas sesuatu selain Allah, tak ada lagi penyembahan manusia atas manusia, hingga semua manusia kembali kepada hakekat fitri penciptaannya, makhluk yang hanif, makhluk yang menyerahkan sikap ta'abbudnya kepada Allah semata, itulah khalifah Allah di bumi.

Tugas tersebut tidaklah mudah. Dan adalah sunah ilahiyah, kalau jalan tersebut sukar lagi mendaki. Adalah tidak masuk akal kalau imbalan yang besar dari Allah, bahkan sangat besar, yakni berupa kasih sayang/syurga dan segenap isinya dan segala kenikmatan yang ada di dalamnya dapat diperoleh cukup dengan santai atau sekedar diskusi dan disksui sebatas kata-kata “Mustahil !”.

Sulitnya jalan da'wah itu sendiri adalah ujian untuk sebuah kualitas, untuk memisahkan makhluk yang sabar dan yang tidak, mereka yang beriman dalam makna yang sesungguh-nya atau hanya sekedar keimanan di bibir saja, kelompok manusia yang sungguh-sungguh (mujahid) dan kaum muna-fiq. Kerasnya jalan da'wah adalah "bumbu" dan "gula" yang membuat rasa sedap dan manis ta'abbud, yang membuat timbangan taklif bergerak dan menuntut jawab, yang membuat syahadat, bai'at, sumpah setia mempunyai makna.

Ta'abbud ilallah mestilah mengambil dua bentuk di atas bukan sekedar ibadah mahdoh (khusus) apalagi bersembu-nyi dalam gua-gua untuk menghindar dari realitas pahit peradaban ummat saat ini. Sungguh dien yang mulia ini, didukung oleh manusia-manusia mulia, akan menumbuhkan manusia-manusia mulia, dan untuk mencapai kemuliaan di dunia dan akhirat. Ta'abbud adalah sikap mulia makhluk yang memahami hakekat penciptaan dirinya, sikap hamba yang berakhlaq mulia Hasbunallah wa ni’mal wakil.

insan kamil

Si hamba menyaksikan bahwa Insan Kamil adalah pertemuan di antara ketuhanan dan kehambaan. Pada Insan Kamil berkumpul pengetahuan tentang Tuhan dan pengetahuan tentang makhluk Tuhan. Insan Kamil mengenal Tuhan dalam aspek tanzih dan tasybih. Insan Kamil memperoleh maklumat Hakikat Muhammad secara lengkap dan sempurna. Insan Kamil yang memiliki ilmu dan makrifat yang sempurna. Insan Kamil yang mempunyai pengenalan yang sempurna tentang Tuhan. Insan Kamil juga mempunyai pengetahuan yang sempurna tentang apa yang Tuhan sampaikan kepada hamba-hamba-Nya.

Insan Kamil juga mempunyai maklumat Hakikat Insan secara sempurna. Oleh kerana Hakikat Insan mengumpulkan maklumat yang lengkap tentang manusia dan alam makhluk sekaliannya, maka Insan Kamil mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang manusia dan alam makhluk sekaliannya. Seluruh alam semesta ‘terkandung’ dalam Insan Kamil. Hati si hamba yang terbuka kepada suasana Hakikat Insan Kamil menyaksikan seluruh alam semesta berada dalam hatinya. Si hamba menyaksikan pengetahuan ketuhanan datang secara langsung kepada hatinya.

Pembukaan kepada Hakikat Insan Kamil membuat hati si hamba menyaksikan alam semesta disempadani oleh dirinya dan pada masa yang sama dia menyaksikan ‘Allah’ bersemayam dalam hatinya. Inilah peringkat yang paling tinggi bahayanya dalam semua peringkat pengalaman kerohanian. Ketuhanan dan kehambaan muncul pada hati yang sama, pada perasaan yang sama dan pada masa yang sama. Hanya kehambaan yang sentiasa membayanginya meneguhkan tapak kakinya berpijak pada jalan yang benar. Kehambaan pada peringkat ini sangat rapuh, mudah saja menjadi hancur lebur. Jika hal yang demikian terjadi hati si hamba tidak lagi melihat perbedaan di antara hamba dengan Tuhan, dirinya dengan Tuhan. Keadaan seperti ini tidak muncul sewaktu menyaksikan Hakikat-hakikat yang lain termasuklah Hakikat Muhammad kerana pada ketika itu makhluk dan dirinya tidak ada dalam perhatian dan kesadarannya. Pada tahap mengalami suasana Hakikat Insan Kamil ini kesadar! an dan perhatian kepada diri dan makhluk baru saja muncul kembali, belum begitu kuat dan berpengaruh. Kesadaran dan perhatian tersebut baru pada tahap seumpama bayang-bayang yang belum melekat benar pada hati. Hakikat Insan Kamil adalah umpama stesen bebas bagi hati. Ia boleh menjadi Tuhan dan hamba pada masa yang sama. Ia juga boleh menjadi nabi dan wali. Ia juga boleh menjadi malaikat.

Jika seseorang yang baru saja kembali sedikit kesadarannya terhadap kewujudan dirinya larut dalam Hakikat Insan Kamil, hatinya akan mengalami apa yang biasa disebut oleh orang sufi sebagai bersatu dengan Tuhan. Rasa bersatu dengan Tuhan berbeda daripada mengalami suasana keesaan yang berlaku Pada ketika itu keesaan dialami dalam suasana tiada kesadaran terhadap diri sendiri. Si hamba hanya menyaksikan Allah s.w.t semata-mata, tidak pada dirinya dan makhluk lainnya. Dia hanya menyaksikan satu wujud yaitu wujud Allah s.w.t, wujud yang lain tidak ada dalam perhatiannya. Oleh yang demikian tidak timbul isu bersatu dengan Tuhan pada peringkat itu. Pada peringkat Hakikat Insan Kamil pula wujud Allah s.w.t dan wujud dirinya nyata dalam kesedarannya dan mungkin dia tidak dapat membedakan yang satu dengan yang lain. Dalam keadaan demikian dia mungkin menyaksikan Allah s.w.t sebagai Haq (Yang Hakiki) dan juga khalq (makhluk sebag! ai bayangan Yang Hakiki). Dia mungkin merasakan dirinya sebagai Tuhan dan hamba Tuhan, yang sama dalam aspek yang berbeda. Dia mungkin melihat sifat-sifat yang ada pada dirinya sebagai sifat Tuhan dan dia menjadi pendhahir sifat Tuhan secara sempurna. Dia mungkin merasakan pada wujudnya yang satu bertemu Wujud Tuhan dengan wujud alam semesta. Dia mungkin menyaksikan seluruh alam semesta seumpama bola kecil terkandung di dalam hatinya. Dia mungkin melihat badannya sebagai Arasy, rohnya sebagai Roh Muhammad dan zatnya sebagai Zat Tuhan. Dia mungkin juga melihat ilmunya sebagai Ilmu Tuhan dan bakat dirinya sebagai malaikat.

Bila dikuasai oleh rasa kelarutan dalam Hakikat Insan Kamil dia mungkin melihat dirinya berada pada satu falak di atas daripada falak yang ada makhluk yang lain. Malaikat, jin dan yang lain-lain mungkin dilihatnya berada di bawah daripada falak dirinya. Dia mungkin melihat bakat dirinya bergerak melalui makhluk yang lain. Jika dia berada dalam satu kumpulan pekerja dia mungkin melihat bakat dan daya upayanya berada pada setiap pekerja tersebut.

Suasana hati yang bergabung dengan Hakikat Insan Kamil mungkin membuat seseorang melaungkan “Ana al-Haq!�?. Ucapan “Ana al-Haq�? pada peringkat ini berbeda daripada ucapan Ana al-Haq , dahulu si hamba semata-mata menjadi alat dan Tuhan Pengguna alat. Si hamba tidak melihat ucapan tersebut sebagai ucapannya. Dia menyaksikan Kalam Tuhan yang keluar daripadanya. Pada peringkat Hakikat Insan Kamil pula ucapan “Ana al-Haq�? dilafazkan dalam keadaan ada kesadaran diri. Kesadaran tersebut membuatnya melihat ucapan itu sebagai ucapan Tuhan dan juga ucapan dirinya yang bersatu dengan Tuhan. Apa yang dia ucapkan itulah yang Tuhan ucapkan, dan apa yang Tuhan ucapkan itulah yang dia ucapkan. Beginilah keadaan yang berlaku kepada orang yang larut dalam Insan Kamil.

Ramai orang menyangkakan Insan Kamil adalah penghabisan jalan. Mereka jadikan Insan Kamil sebagai makam mereka.

Semua keturunan Adam a.s dinamakan manusia. Dalam bangsa manusia itu ada golongan yang sempurna dinamakan manusia yang sempurna. Dalam golongan manusia yang sempurna itu ada kumpulan yang menjadi Nabi dan Rasul. Bangsa manusia secara keseluruhannya dikuasai oleh Hakikat Insan. Golongan manusia yang sempurna itu pula dikuasai oleh Hakikat Insan Kamil. Dalam golongan manusia yang sempurna itu, yang menjadi nabi dan rasul dikuasai pula oleh Hakikat Muhammad.

Hakikat-hakikat, termasuklah Insan Kamil, bukanlah makhluk yang ada dalam alam. Hakikat adalah urusan Tuhan. Insan Kamil adalah urusan Tuhan yang menguasai satu kumpulan manusia yang sempurna kehambaannya kepada Allah s.w.t. Insan Kamil yang asli, yang ada pada sisi Tuhan tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna, tidak menempati ruang dan zaman dan juga tidak bernama. Manusia-manusia sempurna yang muncul di atas muka bumi bolehlah dikatakan salinan lengkap kepada Insan Kamil yang asli. Manusia yang paling sempurna, menjadi salinan Insan Kamil yang paling sempurna menerima penguasaan sepenuhnya daripada Hakikat Muhammad dan beliau adalah Nabi Muhammad s.a.w. Manusia-manusia sempurna yang lain, walaupun sempurna tetapi kesempurnaan mereka tidak mencapai tahap kesempurnaan Nabi Muhammad s.a.w. Mereka tidak menerima penguasaan Hakikat Muhammad secara lengkap, selengkap Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu hanya Nabi Muhammad ! s.a.w saja yang bernama Muhammad, yang lain bernama Ibrahim, Musa, Isa, Nuh dan lain-lain. Manusia sempurna yang lain tidak mengaku diri mereka sebagai Muhammad walaupun mereka juga menerima maklumat daripada Hakikat Muhammad. Sejak Nabi Adam a.s sampailah kepada Nabi Isa a.s tidak ada seorang Nabi pun yang mengaku menjadi Muhammad. Kumpulan manusia yang sah kesempurnaan mereka tidak mengaku menjadi Muhammad atau bersekutu dengan Muhammad. Jika ada orang yang mengaku menjadi Muhammad atau bersekutu dengan Muhammad, baik secara zahir atau secara batin, maka nyatalah mereka telah keliru dalam memahami hakikat.

Salinan Insan Kamil yang paling sempurna dalam kumpulan Nabi-nabi adalah Nabi Muhammad s.a.w, penutup Kenabian. Salinan Insan Kamil yang sempurna dalam kumpulan wali-wali adalah Muhammad Imam Mahadi, penutup kewalian. Muhammad Imam Mahadi tinggal di dalam dunia dan menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Allah s.w.t. Bila tugas tersebut selesai beliau kembali ke rahmatullah. Pada ketika itu salinan Insan Kamil tidak akan muncul lagi ke dunia. Bila salinan Insan Kamil tidak ada lagi di dalam dunia maka tertutuplah ilmu ketuhanan. Tidak ada lagi manusia yang mengenal Allah s.w.t. Pada ketika itu berlakulah kiamat besar.

Ada beberapa perkara lagi perlu diketahui berhubung dengan daerah Insan Kamil yang selalu diperkatakan apabila bercakap mengenainya. Insan Kamil dikatakan bersemayam di dalam Kaabatullah. Kaabatullah selalu disebut dalam memperkatakan tentang hakikat. Ada orang mengatakan dia bersembahyang menghadap Kaabatullah. Ada pula yang mengatakan dia bersembahyang di dalam Kaabatullah. Yang lain pula mengatakan dia sembahyang dengan ketiadaan Kaabatullah. Ada juga orang mengatakan dia menemui Rasulullah s.a.w di dalam Kaabatullah. Berbagai-bagai lagi keadaan Kaabatullah yang diceritakan orang dalam menggambarkan suasana hakikat.

Kaabatullah yang dikatakan seperti cerita di atas merupakan suasana simbolik bagi menggambarkan keadaan hubungan hati dengan Allah s.w.t. Umat Islam bersembahyang menghadap Kaabatullah bukan bermakna mereka menyembah Kaabatullah dan bukan juga Allah s.w.t berada dalam Kaabatullah. Allah s.w.t memilih Kaabatullah sebagai tempat yang boleh dirasakan kehadiran-Nya dengan kuat. Jadi, Kaabatullah dihubungkan dengan Hadrat Ilahi. Berhadap ke Kaabatullah bermakna menghadap kepada Hadrat-Nya.

Di dalam suasana hakikat, Kaabatullah menjadi misal bagi suasana ketuhanan. Bila dikatakan Insan Kami bersemayam di dalam Kaabatullah ia bermaksud Insan Kamil adalah suasana ketuhanan, berada dalam Ilmu Tuhan. Orang yang bersembahyang di dalam kesedaran melihat Kaabatullah berada di hadapannya. Orang yang di dalam zauk merasakan berada di dalam Kaabatullah. Orang yang baqa dengan Allah s.w.t tidak melihat kepada Kaabatullah. Orang yang ‘memasuki’ Ilmu Allah, mengenali suasana Hakikat Muhammad dan mengambil ilmu daripada sumber tersebut, menggambarkannya sebagai berjumpa dengan Rasulullah s.a.w di dalam Kaabatullah dan menerima pengajaran daripada baginda s.a.w. Pengalaman-pengalaman yang disebut di atas merupakan pengalaman dalam 'misal kepada hakikat’.

Penyaksian terhadap rupa, bentuk, cahaya dan warna adalah penyaksian kepada misal bagi hakikat-hakikat. Apa yang disaksikan itu menjadi cermin yang membalikkan kefahaman tentang hakikat yang tidak boleh disaksikan. Rasulullah s.a.w melihat pada malam Israk dan Mikraj, bentuk misal kesenangan dan kemewahan dunia sebagai perempuan cantik dan umur dunia yang sudah lanjut sebagai perempuan tua. Kedua-duanya menceritakan tentang hakikat dunia tetapi berlainan rupa bagi menceritakan maksud yang berbeda.

Hakikat boleh diibaratkan sebagai cahaya dan cermin sebagai Alam Misal. Jika benda nyata diletakkan di hadapan cermin dan cahaya dipancarkan kepadanya, akan kelihatanlah gambaran benda nyata itu di dalam cermin. Gambaran yang kelihatan di dalam cermin itu menyatakan bahawa pada benda nyata itu ada pancaran cahaya. Cahaya disaksikan dalam bentuk benda-benda nyata. Bentuk benda-benda nyata itu menjadi misal kepada cahaya, menceritakan bahawa di sana ada kehadiran cahaya. Tetapi benda nyata dan gambaran benda nyata yang kelihatan atau bentuk misal itu bukanlah cahaya. Cahaya tetap dalam keadaan aslinya yang tidak ada rupa dan warna. Ada orang yang tidak membedakan bentuk misal dengan cahaya yang asli. Orang yang tidak membedakan bentuk misal dengan hakikat kepada yang dimisalkan itu memahamkan hakikat ketuhanan mempunyai wajah-wajah tertentu.

Hakikat Insan Kamil adalah umpama cahaya yang hening. Hati insan umpama cermin yang jernih. Orang yang memandang ke dalam cermin hatinya bersuluhkan cahaya Hakikat Insan Kamil akan menyaksikan wajahnya sendiri di dalam cermin itu, lalu dia menyangkakan bahawa itulah wajah Insan Kamil yang asli, dan itu jugalah wajah Tuhan yang tidak dibedakan dengan Insan Kamil. Jika orang Hindu menyembah tuhan dalam rupa monyet orang tadi menyembah Tuhan dalam rupa dirinya sendiri. Lama-lama orang Hindu menyembah monyet, tidak lagi menyembah Tuhan. Lama-lama orang tadi menyembah dirinya, tidak lagi menyembah Tuhan. Inilah yang selalu terjadi kepada orang yang berjalan kepada hakikat tanpa membawa syariat.

Orang yang berjalan pada jalan kerohanian perlu melepasi bentuk-bentuk misal. Lepaskan apa juga yang sampai kepada penyaksian. Nafikan dengan kalimah “La ilaha illa Llah�?. Orang yang berjaya melepasi bentuk-bentuk misal tersebut akan sampai kepada Penyaksian Hakiki, yaitu menyaksikan tanpa rupa, bentuk, cahaya, warna dan wajah. Pada Penyaksian Hakiki juga tidak ada suara, tidak ada huruf. Penyaksian berlaku kepada mata keyakinan. Si hamba yang menyaksikan dengan mata keyakinan mengucapkan: “Sesungguhnya hatiku tidak berasa syak lagi bahawa Engkau yang daku pandang tanpa rupa, tanpa bentuk, tanpa cahaya, tanpa warna, tanpa suara dan tanpa huruf�?. Itulah keadaan memandang dengan tiada sesuatu yang dipandang, tahu tanpa sesuatu pengetahuan dan kenal tanpa sesuatu pengenalan. Penyaksian akal dinamakan ilmul yaqin. Penyaksian mata hati dinamakan ainul yaqin. Penyaksian mata keyakinan dinamakan haqqul yaqin. Haqqul yaqin meru! ntuhkan segala pengetahuan dan penyaksian kerana sesungguhnya Tuhan adalah:

Tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya

Keyakinan terhadap Allah s.w.t adalah:

Dan Dia Mendengar dan Melihat

Jika seseorang mau cepat sampai ke matlamat hendaklah bersegera melepaskan bentuk-bentuk misal yang sampai kepada penyaksiannya. Berpindahlah kepada Penyaksian Hakiki. Tanda seseorang sudah memiliki Penyaksian Hakiki adalah dia dapat melihat hakikat ketuhanan pada dua perkara yang bertentangan dengan sekali pandang. Nama, rupa, bentuk, cahaya dan warna tidak menghijab pandangannya untuk menyaksikan hakikat atau Rububiah. Makrifat tentang nama-nama Tuhan penting bagi memperolehi Penyaksian Hakiki. Jika Yang Menghidupkan tidak menghijab Yang Mematikan, Yang Menaikkan tidak menghijab Yang Menjatuhkan, Yang Memberi tidak menghijab Yang Menahan, Yang Awal tidak menghijab Yang Akhir, Yang Zahir tidak menghijab Yang Batin, maka yang disaksikan pada setiap masa dan dalam semua suasana adalah Yang Maha Esa. Apabila mata ilmu dan mata hati tidak menutup mata keyakinan maka yang disaksikan adalah Yang Haq!

Tidak semua orang yang memasuki daerah Hakikat Insan Kamil akan terdorong kepada suasana bersatu dengan Tuhan. Si hamba yang telah mengalami suasana kehadiran kenabian dan mengalami pula suasana keesaan Tuhan akan sentiasa dibayangi oleh rasa kehambaan kepada Tuhan. Pertembungan dengan Hakikat Insan Kamil tidak menyebabkan berlakunya perlarutan. Suasana Hakikat Insan Kamil dialaminya sebagaimana mengalami suasana Hadrat kenabian dan Hadrat ketuhanan. Si hamba tidak mengalami suasana menjadi Insan Kamil atau menjadi Tuhan atau bersatu dengan Tuhan. Insan Kamil merupakan salah satu Hadrat yang dialaminya dan melalui pengalaman tersebut dia mengerti maksud Insan Kamil.

Orang yang berjalan pada jalan kehambaan akan menetap sebagai hamba, tidak berubah menjadi Adam atau Muhammad atau Insan Kamil atau Tuhan. Sepanjang perjalanan dia berada dalam suasana dia yang menyaksikan dan melalui penyaksian tersebut dia memperolehi pengetahuan dan pengenalan (ilmu dan makrifat) tanpa melepaskan pandangan kepada “Allah Yang Maha Esa�? dan “Tiada sesuatu serupa dengan-Nya�?. Melalui jalan kehambaan kehadiran kenabian, kehadiran Hakikat-hakikat Insan, Muhammad dan Insan Kamil dan juga kehadiran Tuhan berperanan sebagai Pembimbing. ‘Pertemuan’ dengan Hadrat-Hadrat tersebut memperkuatkan Petunjuk Ghaib dalam dirinya. Juru-bicara dalam dirinya sentiasa memberi peringatan. Dia diperingatkan agar berjalan terus, jangan berhenti walaupun dijanjikan syurga atau dihalang oleh neraka, walaupun dibukakan suasana Hakikat-hakikat. Semua itu untuk diketahui dan untuk dikenal, bukan tempat untuk bermakam.

Dalam suasana Hakikat Insan Kamil, seseorang biasa berjumpa dengan hakikat maut yaitu mengalami suasana Izrail. Boleh juga dikatakan jika seseorang itu tidak mengalami suasana Izrail dia tidak memasuki daerah Insan Kamil dengan sepenuhnya. Dia mungkin berjalan di bawah bayangan daerah itu sahaja.

Manusia biasa naik ke langit melalui jalan biasa yang dilalui oleh semua orang, yaitu jalan mati. Orang yang memasuki daerah Hakikat Insan Kamil juga mengalami kematian, tetapi bukan kematian tubuh badan. Kematian yang berlaku di sana adalah kematian secara kebatinan, yaitu merasai kehadiran Maut. Dia mungkin merasai suasana kematian beberapa kali pada alam kebatinannya. Pengalaman yang demikian membuka penutup pada hati. si hamba telah menghadapkan dirinya kepada maut. Pada ketika itu dia menuju kepada pengecilan kesedaran terhadap diri sendiri. Ia menjadi lonjakan untuk mencapai stesen yang berikutnya. Tetapi pengalaman tersebut tidak banyak memberi pengertian kepada dirinya. Dalam daerah Hakikat Insan Kamil pula si hamba sedang menuju ke arah pembesaran kesedaran terhadap diri sendiri. Oleh itu setiap pengalaman menarik perhatiannya. kehadiran Maut pada daerah Insan Kamil memperjelaskan pengalaman . Dalam daerah! Insan Kamil ini si hamba merasakan sangat hampir dengan Maut. Biasa terjadi pada peringkat ini dia mendapat firasat mengenai kematian orang-orang tertentu dan kemudiannya ternyata firasat tersebut adalah benar. Keadaan ini bersifat sementara saja. Apabila dia meninggalkan daerah Insan Kamil dia keluar juga daripada Hadrat Maut itu dan firasat tentang kematian tidak ada lagi.

Apabila Hadrat Maut dan Hadrat Insan Kamil bertemu pada satu daerah, pada satu hati, suasana kehambaan akan menetap dan terhindarlah suasana ketuhanan. Hadrat Maut memperlihatkan kedaifan, kehinaan dan kejahilan si hamba. Hadrat Insan Kamil memperlihatkan kekuasaan, kemuliaan dan kebijaksanaan Tuhan. Orang yang benar-benar menyaksikan keagungan Tuhan adalah orang yang sedang menghadapi sakratul maut. Keadaan ini samalah seperti keadaan orang yang menerima uang satu juta dan pada masa yang sama dia mengetahui bahwa dia menghidapi penyakit kanser yang akan membawanya kepada maut. Begitulah umpamanya keadaan hati yang merasai Hadrat Maut dan Hadrat Insan Kamil pada satu masa. Dia diperlihatkan kekerdilan dirinya sebagai hamba Tuhan dan keagungan Allah s.w.t sebagai Tuhan. Bertambah kuatlah rasa kehambaan pada dirinya. Jadi, Hadrat Insan Kamil yang menyebabkan sebahagian orang mengalami suasana bersatu dengan Tuhan boleh ju! ga menambahkan rasa kehambaan. Si hamba yang bertambah rasa kekerdilan diri dan kehambaannya kepada Tuhan bermunajat kepada Tuhan dengan penuh tawaduk