Saturday, June 20, 2009

jgn lupa bila ingat...jgn ingat bila lupa

sejarah bintangor

LATAR BELAKANG DAERAH MERADONG

SEJARAH MERADONG

Terletak 22 Kilometer dari Bandar Sarikei dan lebih kurang 50 Kilometer dari bandar Sibu, Meradong atau dulunya dikenali sebagai Daerah Binatang sekarang ini telah banyak mengalami perubahan pembangunan. Namun di sebalik pembangunan yang dikecapi oleh daerah yang terkenal dengan keunikan Limau masam-manisnya ini, ramai yang tidak mengetahui sejarah kewujudan daerah terutama generasi muda pada hari ini.

Sehingga kini, tiada bukti yang sahih memperkenalkan bagaimana Daerah Meradong yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai nama Binatang mendapat nama. Namun apa yang pasti melalui cerita masyarakat tempatan, Daerah ini mendapat nama Binatang setelah satu peristiwa pada suatu ketika dahulu daerah ini dikunjungi oleh sekumpulan besar pelbagai jenis spesis Binatang yang rata-ratanya jarang ditemui. Melalui peristiwa aneh tersebut masyarakat tempatan telah mengabadikan peristiwa aneh itu, dengan mengambil nama BINATANG sebagai nama tempat.

Pemandangan Pekan Bintangor pada tahun 1920

Pemandangan dari Sungai Rajang Bandar Bintangor Pada tahun 1950 an

Sumber : Majlis Daerah Maradong dan Julau

PENTADBIRAN DAERAH MERADONG

Sejarah awal pentadbiran Daerah Meradong bermula sekitar 1930an bila pejabatnya ditubuhkan dengan nama Pejabat Daerah Kecil Binatang di bawah Pentadbiran Bahagian Kedua Borneo. Seorang pentadbir telah ditempatkan untuk memberi maklumat dan mentadbir sedikit kawasan jajahan. Sememangnya pejabat yang dibina pada ketika itu hanyalah bertindak sebagai stesyen kawalan ke atas laluan sungai Rajang yang merupakan laluan utama pelbagai kegiatan sosio ekonomi.

Setelah berakhirnya zaman pemerintahan Jepun, Kerajaan British Kolonial telah mengambil alih tampuk pemerintahan. Menyedari akan pentingnya hasil ekonomi bumi yang terdapat di daerah meradong terutama keluaran mentah Kayu-Kayan yang bermutu tinggi pada ketika itu, maka sebuah lagi Pejabat yang pentadbiran telah dibina pada tahun 1948 dengan menempatkan seorang pegawai inggeris yang digelar sebagai District Officer atau Pegawai Daerah. Menurut sumber terhad Pejabat Daerah Meradong, Pegawai Daerah Pertama yang ditugaskan oleh Kerajaan British Kolonial ialah A.R. Snelus.

Pentadbiran Daerah Meradong akhirnya pada genap tarikh 16 September 1963 iaitu selari dengan peristiwa Penubuhan Malaysia Sabah Sarawak dan Tanah Melayu, tampuk pemerintahan telah ditadbir oleh Kerajaan Malaysia. Berasaskan kepada bangunan Pejabat Daerah yang telah sedia ada, Pelbagai Jabatan telah beroperasi menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat tempatan.

Akhirnya pada tahun 1967 Daerah Kecil Binatang telah dinaiktaraf sebagai Daerah Penuh sebagai Daerah Binatang yang merangkumi keluasan 1083 Kilometer Persegi.

PENUBUHAN BAHAGIAN SARIKEI SEBAGAI BAHAGIAN

KE-ENAM

Pada 2 April 1973, Daerah ini telah digabungkan dengan Daerah Sarikei, Matu-Daro serta dua buah daerah Kecil iaitu Julau dan Pakan bagi membentuk Bahagian Keenam Negeri Sarawak yang merangkumi kawasan pentadbiran seluas 6,969 Kilometer persegi. Rujukan sumber Sarawak Gazette Swk.L.N.26. bertarikh 15 Mac 1973.

BANDAR BINTANGOR MENDAPAT NAMA

Selaras dengan perubahan tersebut Pekan Binatang telah dinaiktaraf sebagai bandar dan telah ditukar kepada nama Bintangor.Menurut kisah daripada masyarakat tempatan, semasa pemilihan nama bagi nama Bandar ketika itu mendapat pelbagai reaksi penduduk tempatan terutama masyarakat Cina di daerah ini. Cadangan nama asal bagi Bintangor sebenarnya ialah Bintang yang tidak mahu menukar terlalu jauh nama Binatang ketika itu.

Walau bagaimanapun persetujuan mesyuarat telah mengambil keputusan mengambil nama BINTANGOR iaitu nama sejenis Pokok yang banyak didapati di Bandar tersebut pada ketika itu.

PERTUKARAN NAMA DAERAH

Pada tahun 1984, Kerajaan negeri Sarawak sekali lagi mengarahkan agar nama Daerah Binatang ditukar bagi menangani masalah sensitiviti nama tempat di Sarawak. Pertukaran nama Daerah telah diwartakan melalui Sarawak Government Gazette Part II , Vol :XXXIX, No. 4 bertarikh 13 Februari 1984. Melalui Warta Kerajaan itu, Nama Daerah Binatang telah ditukarkan kepada MERADONG manakala Nama Bandar secara rasminya dikekalkan kepada nama BINTANGOR. Keputusan mengambil nama MERADONG sebagai daerah adalah berdasarkan kepada nama sungai yang mengalir di pertengahan daerah.


Masih Digunakan Pejabat Daerah Binatang yang dibina pada tahun 1948 yang dibina pada zaman pemerintahan British Kolonial kini pejabat ini telah digunakan sebagai Dewan Serbaguna dan juga menempatkan Pejabat KEMAS dan Pejabat RELA untuk
masyarakat tempatan.

Pembangunan kegiatan ekonomi dan kemudahan asas yang baik telah meningkatkan lagi keperluan perkhidmatan di Pejabat Daerah. Bagi memenuhi keperluan ini, sebuah bangunan Pejabat Daerah Baru telah dibina pada 4 Mei 1994, Lokasinya terletak bertentangan dengan Bangunan Pejabat daerah lama di Jalan Mahkamah lebih kurang ¼ Kilometer dari bandar Bintangor.

Pentadbiran Daerah Meradong merangkumi keluasan 719 Kilometer Persegi setelah persempadanan semula kawasan daerah pada 24 Januari 2002

SENARAI PEGAWAI DAERAH YANG PERNAH BERKHIDMAT DI DAERAH MERADONG

BIL

NAMA PENTADBIR DAERAH DAN PEGAWAI DAERAH

TAHUN

1

A.R. SNELUS

1948 – 1949

2

A.R.G MORRISON

1949 – 1951

3

MR. J. WOODS

1951 – 1952

4

ABANG SHARIEE

1952 – 1953

5

D.F.A.E.D MORGAN

1953 – 1955

6

A.T.R JACKSON

1955 – 1957

7

D.S. COTTRELL

1957 – 1960

8

WILLIAM NAIS

1960 – 1964

9

ABANG ABDUL KARIM

1964 – 1965

10

ABU KASIM

1965 – 1967

11

RAMBLI ADROS YAHYA

1967 – 1972

12

PETER F. SIBURAT

1972 – 1975

13

SALLEH YUSOP

1975 – 1976

14

SU'UD HAJI SUHAILI

1976 – 1980

15

WALTER CHAMBERS NAJOD

1980 – 1982

16

THOMAS IBOH

1982 – 1985

17

MOHD. RAMJI ALLI

1985 – 1988

18

MOHD. SAID ATOI

1988 – 1990

19

TAY JOO CHOON

1990 – 1992

20

MAURICE BUJANG

1992 – 1997

21

LAW TIENG KIET

1997 – 2001

22

LING KAI SIEW

2001 – 2004

23

WONG SEE MENG

2004 – 2006

24

MOHAMAD JUNAIDI MOHIDIN

2006 – Sehingga kini

Sumber : Pejabat Daerah Meradong


Pejabat Daerah Meradong hari ini
terletak ¼ KM dari Bandar Bintangor Dibina pada tahun 1994 menempatkan Pejabat Pentadbiran, Bilik Mahkamah Majistret, Pejabat Ketua Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

bintangor nowadays




asal usul nama 'bintangor'






Calophyllum

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jump to: navigation, search
Calophyllum
flower of Alexandrian Laurel (Calophyllum inophyllum)
flower of Alexandrian Laurel
(Calophyllum inophyllum)
Scientific classification
Kingdom: Plantae
Division: Magnoliophyta
Class: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Family: Clusiaceae
Subfamily: Kielmeyeroideae
Tribe: Calophylleae
Genus: Calophyllum
L.



Calophyllum ("beautiful leaf", from Greek kalos, "beautiful", and phullon, "leaf") is a plant genus of around 180-200 species of tropical evergreen trees in the family Clusiaceae. Its members are native to Australasia, Madagascar, Eastern Africa, South and Southeast Asia, the Pacific islands, the West Indies and Latin America. The common names, as well as commercial names, for these trees are:

For medicinal (folk medicine and ethnopharmacology) uses of leaves, oil from nuts and crost balsam,[clarification needed] for HIV and AIDS, see calanolide A and calanolide B,[2] Jacareubin,[3] Tamanu oil,[4] and Calophyllic acid.[5] For medicinal use from their resin, see tacamahac.

Contents

[hide]

al fatihah pembuka bicara...